PENYEMBUH ITU; SENYUMAN

Thursday, May 31, 2012


 Bilamana hati itu terkapai
Ucap kata yang tidak terungkai
 Cuba gapai
Namun tidak sampai

Kelu lidah itu
Mimpi seakan benar sedarkan aku
Mana mahu tahu
Jika bukan dariNya Yang Satu

Kira diri dulu dikotak katik
Menyusun bongkah soalan yang tercarik

Dongak kepala lihat keatas
Capai semula cerita pada kertas
Aku sedar punahnya bila bebas
Jika diri tegar pada tindak balas

Senyuman itu aku
Diri aku yang hilang dulu
Kini aku tahu
Siapa aku


hasil nukilan : Aliah Athirah Mazli
(31 Mei 2012, Khamis 3:40 petang)


p/s:  Tertanya jika perginya diri ini suatu hari nanti, adakah yang sudi untuk terus menghantar kiriman doa buat diri?

You Might Also Like

0 comments