GERIMIS RINDU

Thursday, April 25, 2013

Minda tepu kaku,
Cerna semua satu-satu,
Raga kata "aku menyerah",
Jasad makin lama makin lemah.

Aku sudah lama tidak menulis. Bukan sibuk. Bukan malas. Kepala penuh dengan idea, perkara, peristiwa yang bagi aku terlalu pantas ceritanya. Aku masih cuba untuk hadam. Aku tidak rasa aku melalui semua ini dahulu. Mungkin kerana aku masih leka dan lalai waktu itu. Tapi kini, apa yang berlaku seakan satu pengajaran yang Allah bagi untuk aku belajar. Satu hari, dua tiga pengajaran. Bahkan ada hampir 4-5 pengajaran yang perlu aku telan.

Aku mahu menulis. Aku mahu menaip. Jari aku ini sudah gersang sangat gayanya nak menari nari di atas papan kekunci. Almaklumlah, ini sahaja kelebihan yang aku boleh canangkan. Dek kerana apa pun aku tak pasti, selalu terbantut keinginan diri untuk menulis di blog ini. Apa yang sempat aku tulis, aku tulis dalam diari pakai pensil picit. Nak termuntah juga karyanya aku conteng.

Proses hidup yang aku lalui, mematangkan diri. Jika dilihat semula betapa banyak waktu yang aku bazirkan. Lalai itu bahaya. Leka itu pemusnah raga. Aku masih tidak percaya aku seperti itu dahulu. Syukur. Aku lebih bahagia kini. Bahagia kerana aku tidak lelah hidup di dunia. Aku nantikan hidup yang kekal lama di sana.

Aku mahu berkarya. Mahu terus dengan minat di dada. 

Aku rindu kau orang semua walaupun aku tak tahu siapa. Yang baik ambil lah, yang buruk tinggalkanlah.

Gerimis Rindu? Ya , moga kau tahu apa rasa rindu lillahiTaala itu.


Aku sudah lama tidak berdamping dengan kamera besar itu. Rindu.

You Might Also Like

0 comments