Garis Mula

Wednesday, September 18, 2013

Dua kaki ini sudah berada di garisan permulaan. Ketidakupayaan diri serta merasakan kekurangan yang ada, menyebabkan hati sering berbelah bahagi. Jika mahu tunggu semua ilmu dikuasai, dikhuatiri terlewat untuk membantu dalam mengembalikan semula cahaya Islam kepada penduduk di muka bumi.


 Sepotong ayat, disampaikan inshaAllah dengan izin Allah kita sudah menyahut seruan Nabi kita dalam usaha menyampaikan dakwah.

Manusia prosesnya adalah belajar. Setiap hari akan belajar perkara yang baru. Jika niat diperbaharui seikhlas hati hanya demi menuntut redha Ilahi, dengan izin Allah, urusan itu dibantu dari kanan dan kiri.

Hati, bertabahlah kini. Amanah yang diberi tanda perlunya untuk melaksanakannya dengan sesungguh hati. Amanah, jika diambil ringan maka jawablah dengan Al-Khaliq di akhirat nanti tentang segala apa yang telah dihabiskan/dilakukan semasa berada di bumi.

" Kita ni tak baik, tapi Allah pilih kita sebab Allah nak kita jadi baik. Allah nak jumpa kita nanti ". - SG.

Hasbunallahu wani'mal wakeel.


You Might Also Like

0 comments