harapan

Saturday, February 01, 2014

Allah. Sudah tahun baru Ya Allah.
Kau masih beri aku peluang Ya Allah.

Aku mengaku ada lagi rasa gugup dan takut dalam diri aku.
Tapi, aku mahu kejar redhaMu.
Untuk bantu agamaMu.
Untuk berjuang bersama para pejuangMu.

Apa yang aku ada dan mampu dari segi harta, tenaga, usaha dan masa, aku infa' untuk agamaMu.
Aku serah penuh untukMu.
Kau bimbinglah aku Ya Allah. Janganlah kau bebani aku tanpa aku mampu.

Beri aku kekuatan dan ketabahan serta kesabaran yang tinggi.
Aku mahu menjadi mujahidah yang sentiasa merindukanMu ya Allah dan Rasulku.

Azam aku?
Mahu mati dalam keadaan husnul khatimah.
Mati syahid di jalanMu.
Aku harap agar di akhir hayat aku, kau REDHA kan lah aku.

Aaminn Ya Rabb.

You Might Also Like

0 comments