Aurat

Keperihatinan

Thursday, August 22, 2013
Satu kali dalam satu minggu, akan ada seorang wanita Tamil yang akan datang ke rumah. Beliau akan cuci rumah, mop lantai cuci tandas, cuci halaman rumah. Boleh kata 1 rumah dia lap. Kalau tidak silap, sejak saya masih bersekolah lagi beliau sudah berkhidmat dengan keluarga kami. 

Hampir 9 ke 10 tahun beliau datang ke rumah setiap hujung minggu atau pada setiap hari Isnin. Achi kami panggil beliau. Saya kira itu nama standard kalau kita jumpa mana-mana wanita Tamil. Pejam celik, lama itu beliau berkhidmat. Umurnya menjangkau 60 tahun lebih saya kira tetapi masih kuat dan sihat. Rahsia beliau saya perhati adakala saya berjalan sekitar kawasan perumahan, beliau ni "morning person". Berjalan setiap pagi dan mungkin ada petua nya yang lain. 

Hmm, rasa macam dah lari tajuk ni saya rasa.

Sebenarnya nak cerita satu perkara hari ini.

Achi datang rumah macam biasa. Saya terlelap di bilik adik lelaki saya. Sedang achi mengemas, datang pula posmen bawa parcel. 

"Aliaaaa! Ni ada orang posmen ni mari suruh angkat itu barang". Kata achi.

Saya melompat bangun dan menjenguk pintu rumah terbuka luas dengan posmen menunggu di luar pagar. Saya terbangak bangak sebenarnya nak keluar sebab pakaian memang fully tak tutup aurat. Jubah dalam bilik. Dalam hati macam nak lari je tapi duk ingat siksa nanti terus macam tak keruan. Posmen dah tunggu lama.

" Alamak achi saya tak pakai apa apa ni (note maksudnya tudung dan jubah). Macam mana ni ". Kata saya dengan nada hampir menangis.

Achi tergelak sambil tersenyum. Eh tak. Achi senyum lepastu dia gelak.

" Tak apa, tak apa ni mari achi pergi ambik tengok ".

Dihulurnya sehelai kertas macam biasa minta sign dengan IC. 

Saya nak keluar bilik ambil pen sambil menyahut " achi tolong tutup pintu !".

Selesai itu, achi keluar semula dan membawa parcel tersebut.

" Terima kasih achi. Terima kasih ".

Terdetik dalam hati saya. 

" Terima kasih achi sebab tolong jaga aurat saya ".

Aurat sesama bukan muslim selama beliau berkhidmat memang saya dan keluarga jaga dan inshaAllah kami yakin, achi yang kami kenal jenisnya menjaga hal rumah dalam erti kata tidak bercerita akan perihal bentuk fizikal atau aurat kami kepada ahli keluarganya.

Itu je nak cerita.

Kalau orang bukan Muslim pun boleh tolong nak jaga, apatah lagi kita sesama saudara Muslim dan si Muslim itu sendiri berusaha dalam menjaga aurat tak kira di mana. Benda baik, Allah bantu.

Kan?