Class Story

" Treat it with care"

Tuesday, November 26, 2013
Dalam kelas tadi ada satu situasi berlaku.

Sedang membaca artikel yang dicari, pensyarah berjalan mengelilingi kelas. Eh? Memantau perkembangan anak murid beliau untuk mencari maklumat yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.

Beliau berjalan dengan lemah gemalai. Okay. Stop.

Beliau berhenti di hadapan saya. Beliau berkata. Eh kejap. Buat dialog lah.

Pensyarah: 
What is this? Is it a book?

Saya:
No, it is not. (sambil tersenyum sipu malu dan cuba untuk fokus membaca artikel)

Pensyarah: 
Then what is it? A pencil case?

Saya: 
No, it is not Dr.

Kelas sunyi sepi. Saya memandang beliau dan beliau memandang saya.

Saya: 
I have to put it on the table because I put my bag on the floor at my feet.

Pensyarah: 
Then, what is it? Oh, it is your Holy Quran? 

Saya: 
Yes, Dr. It is.

Pensyarah: 
Why do you have to put it on the table? Why you can't put it in your bag on the floor?

Saya: 
Because it is a Holy Quran and we Muslims cannot put it lower than it should be. It should be placed on a higher place.

Pensyarah: 
Oh, really? So you have to put it here. Is it a translation type of Holy Quran?

Saya: 
Yes Dr. It is. In Malay.

Pensyarah: 
I see. It is smaller than the usual right?

Saya: 
Yes it is Dr. Smaller version. I mean, mini Holy Quran. It is easier for me to carry it around.

Pensyarah: 
Do you use this for other subject? Islamic subject?

Saya: 
No Dr. I bring it everyday with me.

Pensyarah: 
Do you understand what the Holy Quran states? I used to read one but in English translations and I could not understand. It is a bit complicated to understand.

Saya: 
I read it but if I want more explanation and understanding, I have to go and refer to Ustaz or those who are the experts in it. I myself cannot understand it on my own.

Pensyarah: 
Ohhh, I see. It is somewhat like stories inside right? Many things are said in there.

Saya: 
Yes it is Dr. (sambil tersenyum riang terasa mahu cium Al-Quran waktu itu)

Beliau hanya tersenyum kepada saya. Dan beliau berkata sesuatu yang buat saya tersentuh sentap apabila yang berkatanya adalah seorang Non-Muslim, a Chinese yang saya tak pasti agamanya apa.


" Very good. Treat it with care".


p/s: Sedang yang bukan Islam memberi pesanan supaya menjaga Al-Quran sebegitu, apatah lagi kita yang Islam. Adakah kita betul-betul menjaganya? Pandang lah dia, baca lah dan fahami lah maksud di dalamnya.
Jengka

Hutan Jengka

Monday, October 28, 2013
Isha : Aliah, cerita yang Allah bagi pada awak ni indah sungguh aturannya. Akak tak sangka. Akak pula yang rasa sebak. Akak percaya alia kuat untuk harungi. Sangat kuat.

Saya : Subhanallah, Dia Maha Hebat kak. Alia sendiri tak terbayang berdirinya alia di sini dengan cerita seperti ini. Satu persatu Allah atur. Sekelip mata juga rasa semuanya.

Isha : Akak percaya hikmah Allah tu besar atas segala apa yang berlaku dekat aliah. Hebat tak hebat Allah tu pilih awak untuk sesuatu yang awak tak pernah sangka. Alia kena kuat ye. Nak jadi mujahidah kan? :) InshaAllah, ada sebab Allah letak alia di sesuatu  tempat dengan cerita yang kita tak akan tahu.

Percaya satu je alia, Allah pilih kita nak jadi baik atas hikmah yang paling baik.

Saya : Pandang wajah kakak itu, sambil tersenyum dan tidak semena airmata bergenang.

Hajat hati mahu ke tempat lain. Allah rancang lain untuk aku hari ini. Kaki terasa ringan menuju ke sana. Ada sebab kenapa. Terjumpa pula dengan senior tempat belajar lama. Dari satu cerita kepada satu pertembungan hajat yang telah lama disimpan. InshaAllah, jika Allah izin, moga berjalan lancar perancangan senior itu.

InshaAllah, jika Allah izin kita jumpa lagi ya kak. Tak sempat nak salam sebelum balik. Dah rasa rindu. See you soon inshaAllah. 

Tidak semena, kenangan 3 tahun di Hutan Jengka kembali melayarkan episod cerita satu persatu.

Apa khabar udara pagi berkabus di sana? Aku rindu mahu dakap dirimu.

Ada rezeki ada jodoh moga kita akan bertemu !

Puisi

Peluk Cinta yang Allah bagi

Thursday, October 24, 2013
TanganMu kuraih
TubuhMu kudakap
Aku merasa kasih
Hidupku terasa lengkap.

Bila dipasak niat semuanya kerana Allah.
Hidup kerana Allah.
Semuanya terasa serba serbi indah.

Sebab Allah itu Maha Indah.

Engagement

Tudung Merah Jambu

Wednesday, October 16, 2013
Bila Allah izin, ada hikmahnya.
Bila Allah tak izin, ada hikmahnya.

There are times where things don't usually go as what we wanted / wished for. We hoped and somehow put the possibility of that "something" to happen on us--like we are the one who will make that happen. 

Think back and istighfar. Allah is the one who MAKE things happen as HE pleasures.

None of the things in this world happens without any reasons plus if the leaves falls, there are reasons behind it. Allah who made that happen.

To you my dear tudung merah jambu,

Thank you. I know there must be a reason why Allah let you come and HE gave the permission for you to be there--close to me.

I am grateful for that. I love you fillah. Till we meet again inshaAllah dear tudung merah jambu.




O Allah, only to You I put all my hopes to.
Hopes

Baiknya Allah.

Thursday, September 26, 2013
Dompet dikeluarkan. Hanya habuk-habuk yang berterbangan. 

" Ya Allah, duit tak ada ni. Macam mana nak balik naik bas ni ".

Kaki melangkah ke mesin duit. Baki tidak mencukupi untuk dikeluarkan.

" Ya Allah, Kau tak izin duit ni keluar untuk aku ye ".

Merenung jauh. 

" Hmm, kaki ada ni. Nikmat juga ni yang KAU bagi. Boleh lah ni balik jalan kaki ".

Dikira-kira jarak dari tempat belajar ke rumah sewa jika menaiki kereta mengambil masa lebih kurang 20 minit. Jika berjalan kaki mengambil masa lebih kurang sejam lebih.

" Tak apa lah. Panas terik sikit. Boleh berjalan melihat alam dengan lebih dekat ".

Sepanjang perjalanan, hati, lidah tidak berhenti berzikir. Harapan cuma satu, Moga Allah lindung hingga sampai ke rumah. Almaklum, dunia sekarang tiada lagi yang selamat, hatta di rumah sendiri sekalipun. Kita usaha, dengan izin Allah, DIA bantu.

" Terpacak matahari macam ni memang boleh minta surrender tengah jalan ni". 

" Tak apa, ini boleh kira tarbiyah hati supaya lebih menjaga diri. Tak sanggup rasanya nak merasa macamana matahari boleh berada terpacak hanya sejengkal dari kepala di akhirat sana".

Sampai satu ketika kaki dah terasa lemah benar, tetapi tetap terus beri semangat pada hati, pada diri untuk teruskan sikit sahaja lagi. Dengan izin Allah, ada sebuah kereta berhenti di tepi jalan. Seorang makcik yang baik hati berkeras untuk menghantar aku pulang.

Dalam hati tidak berhenti memanjat setinggi tinggi kesyukuran.

" Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Terima kasih hantar makcik ni bantu aku Ya Allah ".

Tidak sampai 5 minit, sampai akhirnya di rumah. Sempat juga berbual kosong dengan makcik tersebut.  Moga Allah murahkan rezeki makcik, beri kesihatan dan segala yang baik-baik buat makcik sekeluarga.

Bergenang airmata, terus sujud syukur. Nikmat Allah yang mana lagi hendak didustakan?

Peristiwa hari itu benar-benar memberi kesan.  Betapa apabila kita meletakkan sepenuh pergantungan hanya kepada Allah, DIA akan bantu. Apa yang perlu kita lakukan, adalah usaha, doa dan yakin dengan apa yang telah Allah rencanakan.

Setiap yang berlaku ada hikmah yang Allah nak sampaikan. Allah mahu kita fikir dan renung semula. 

Kadang-kadang, tak pernah terlintas sikit pun dalam hati untuk meminta itu ini pada Allah, tetapi tanpa dijangka Allah hantar/beri sesuatu yang lebih untuk kita.

Allahuakbar. Baiknya Allah pada kita. Tapi kita? Baik atau tidak kita pada Allah, persoalan itu perlu ditanya pada diri dan muhasabah kembali.

Ya Allah, bertambah rasanya cinta ini buatMU. Kasihnya Engkau pada aku. 
Nasihat

Garis Mula

Wednesday, September 18, 2013
Dua kaki ini sudah berada di garisan permulaan. Ketidakupayaan diri serta merasakan kekurangan yang ada, menyebabkan hati sering berbelah bahagi. Jika mahu tunggu semua ilmu dikuasai, dikhuatiri terlewat untuk membantu dalam mengembalikan semula cahaya Islam kepada penduduk di muka bumi.

 Sepotong ayat, disampaikan inshaAllah dengan izin Allah kita sudah menyahut seruan Nabi kita dalam usaha menyampaikan dakwah.

Manusia prosesnya adalah belajar. Setiap hari akan belajar perkara yang baru. Jika niat diperbaharui seikhlas hati hanya demi menuntut redha Ilahi, dengan izin Allah, urusan itu dibantu dari kanan dan kiri.

Hati, bertabahlah kini. Amanah yang diberi tanda perlunya untuk melaksanakannya dengan sesungguh hati. Amanah, jika diambil ringan maka jawablah dengan Al-Khaliq di akhirat nanti tentang segala apa yang telah dihabiskan/dilakukan semasa berada di bumi.

" Kita ni tak baik, tapi Allah pilih kita sebab Allah nak kita jadi baik. Allah nak jumpa kita nanti ". - SG.

Hasbunallahu wani'mal wakeel.


Aurat

Keperihatinan

Thursday, August 22, 2013
Satu kali dalam satu minggu, akan ada seorang wanita Tamil yang akan datang ke rumah. Beliau akan cuci rumah, mop lantai cuci tandas, cuci halaman rumah. Boleh kata 1 rumah dia lap. Kalau tidak silap, sejak saya masih bersekolah lagi beliau sudah berkhidmat dengan keluarga kami. 

Hampir 9 ke 10 tahun beliau datang ke rumah setiap hujung minggu atau pada setiap hari Isnin. Achi kami panggil beliau. Saya kira itu nama standard kalau kita jumpa mana-mana wanita Tamil. Pejam celik, lama itu beliau berkhidmat. Umurnya menjangkau 60 tahun lebih saya kira tetapi masih kuat dan sihat. Rahsia beliau saya perhati adakala saya berjalan sekitar kawasan perumahan, beliau ni "morning person". Berjalan setiap pagi dan mungkin ada petua nya yang lain. 

Hmm, rasa macam dah lari tajuk ni saya rasa.

Sebenarnya nak cerita satu perkara hari ini.

Achi datang rumah macam biasa. Saya terlelap di bilik adik lelaki saya. Sedang achi mengemas, datang pula posmen bawa parcel. 

"Aliaaaa! Ni ada orang posmen ni mari suruh angkat itu barang". Kata achi.

Saya melompat bangun dan menjenguk pintu rumah terbuka luas dengan posmen menunggu di luar pagar. Saya terbangak bangak sebenarnya nak keluar sebab pakaian memang fully tak tutup aurat. Jubah dalam bilik. Dalam hati macam nak lari je tapi duk ingat siksa nanti terus macam tak keruan. Posmen dah tunggu lama.

" Alamak achi saya tak pakai apa apa ni (note maksudnya tudung dan jubah). Macam mana ni ". Kata saya dengan nada hampir menangis.

Achi tergelak sambil tersenyum. Eh tak. Achi senyum lepastu dia gelak.

" Tak apa, tak apa ni mari achi pergi ambik tengok ".

Dihulurnya sehelai kertas macam biasa minta sign dengan IC. 

Saya nak keluar bilik ambil pen sambil menyahut " achi tolong tutup pintu !".

Selesai itu, achi keluar semula dan membawa parcel tersebut.

" Terima kasih achi. Terima kasih ".

Terdetik dalam hati saya. 

" Terima kasih achi sebab tolong jaga aurat saya ".

Aurat sesama bukan muslim selama beliau berkhidmat memang saya dan keluarga jaga dan inshaAllah kami yakin, achi yang kami kenal jenisnya menjaga hal rumah dalam erti kata tidak bercerita akan perihal bentuk fizikal atau aurat kami kepada ahli keluarganya.

Itu je nak cerita.

Kalau orang bukan Muslim pun boleh tolong nak jaga, apatah lagi kita sesama saudara Muslim dan si Muslim itu sendiri berusaha dalam menjaga aurat tak kira di mana. Benda baik, Allah bantu.

Kan?
Puisi

Singgahan rasa.

Tuesday, July 30, 2013
Ada satu ketika--
rasa gementar dalam dada,
persis ombak memukul pantai,
yang tiada hentinya.

Terasa hina--
apa cerita bila di ambang sakaratul maut nanti?
apa nasib diri?
apa yang bakal dilalui waktu itu?

Semua itu hanya Allah sahaja yang tahu--
Dia Maha Mengetahui.

Amalan aku--
entah diterima entah tidak,
entah dilihat catatannya entah tidak.

Dosa aku--
entah diampunkan entah tidak,
mungkin masih tinggi menggunung.

Usaha lagi.
Taubat jangan henti.
Amal terusan sampai mati.

Aliah Athirah Mazli
Julai 2013.
Advice

Doa

Tuesday, July 30, 2013
Doa itu--
senjata kau dan aku,
teguhnya ia,
pabila dibaca.

Doa itu--
penghubung antara kau dan aku,
jauh beribu batu,
rentasi apa jua lautan.

Doa itu--
jambatan mahabbatullah,
tautan rasa rindu padaNya,
demi meluahkan--
yang terbuku,
dalam kalbu.

(Aliah Athirah Mazli, 30 Julai 2013).

Tak semua manusia lihat akan kehebatan doa. Andaiannya lambat, tidak didengar dan berbagai macam sangkaan.

Lihat semula diri kita. Tanya soalan pada diri setiap kali rasa diri dipinggir Ilahi.

Sungguh-sungguh kah aku berdoa?
Sungguh-sungguh kah aku usaha?

Maksiat hari ini banyak atau tidak?
Dosa hari ini sudah dimohon taubat atau tidak?
Aurat dijaga dengan sempurna atau tidak?

Lihat diri. Muhasabah kembali.

Ego dengan manusia itu terpulang rasa. Tetapi, ego dengan Allah? Allahu, jangan terbit rasa seperti itu. Hinanya kita, Allah sahaja yang tahu. 

Kembali lah pada Dia yang Satu.
Berdoa lah. 
Letak kan pergantungan penuh hanya pada Allah Yang Esa.

Percaya, Dia Mendengar walau seperlahan mana bicaranya, esaknya, bisiknya dan lintasan hatinya.

Amin kan doanya. Raup tangan ke muka. Berlapang dada. 

Allah dengar segala kata kita. 
Puisi

Bersahabat.

Thursday, July 11, 2013
Indah benar rasa--
bersahabat Lillahi Taala.

Tak akan putus--
kerna paksinya satu.

Demi Rabbi ku--
redhaNya yang dituju.

Aliah Athirah Mazli 
Julai 2013.
Doa

Ke Hadapan Cinta Hati

Thursday, July 11, 2013
Aku bentang sejadah--
aku solat.

Aku tadah tangan--
aku doa.

Rasa tenang.

Allah bagi aku satu rasa--
syukur.

Rasa penuh.
Puisi

Hijrah Hati Hijrah Diri

Thursday, July 11, 2013
Air mata ditakung penuh.
Dada diusap lembut--
zikir dialun terus.

Jawapan ini--
moga dipandu hati
dengan Dia disisi.

Tuhanku--
ini untukMU.

Aliah Athirah Mazli
Julai 2013.
Faith

Bersungguh Niat.

Wednesday, July 10, 2013
Baru sahaja hendak mula membaca kalam Allah, ayah keluar dari bilik sambil menyahut

" ayah nak ke masjid! Tarawikh tarawikh! ".

Terus ditutup kalam itu

" Balik nanti sambung ".

Disarung pantas jubah dan kain telekung. Dari tadi terniat hati mahu ke masjid tapi tidak mahu berseorang. Peluang ada terus terkedek sarung stokin dan selipar pinjam yang entah siapa punya. Umi mungkin. Sambil berjalan, ayah berkata 

" sempat ke kita ni? Mesti ramai harini. Akak la nanti takut tak ada tempat, tempat perempuan kecil".

Masjid di kawasan perumahan ini tidak besar mana. Kalau terlalu ramai, mahu dibentang tikar di atas jalan buat muslimat.

Aku hanya berdoa sungguh-sungguh dalam hati

" Ya Allah, permudahkanlah aku untuk solat nanti ".

Tahun lepas aku berhimpit dan dihimpit. Tahun ini aku tidak kisah jika sama situasinya cuma aku harap ada tempat buatku.

Sampai sahaja di masjid aku berdiri di tangga. Penuh. Terdetik hati mahu pulang, tarawikh di rumah sahaja. Cepat hati aku istighfar mohon dipermudahkan. Mencari pantas mana tempat kosong yang boleh aku selitkan diri yang gemuk ini.

Ada seorang makcik menyuruh aku ke ruang hadapan, ada kosong katanya. Aku ke sana. Aku berada di saf yang ke-empat. Ini di ruang luar. Ruang dalam penuh semuanya.

Bila hati kita sungguh-sungguh mahukan sesuatu dengan pergantungan penuh pada Allah, Dia akan bantu. Benar. Dia akan bantu kita. Seperlahan mana doa kita, Dia sentiasa mendengar. Allah Maha Mendengar bukan?

Selesai rakaat ke 8, 10, 12, aku sedar aku makin ke hadapan. Dek lepas seorang seorang keluar untuk pulang buat sekadar yang mampu. Akhir sekali, aku sedar aku berdiri di saf paling hadapan sekali. Sejuk pula tu, terasa tempias pendingin hawa. Allahuakbar. Apa lagi yang mampu aku kata. Dari terasa mahu pulang, hingga berada di barisan paling hadapan sekali. 

Tenang. Permulaan yang harapnya menjadi penyuntik semangat untuk terus berkobar hingga ke akhir waktu.


Salam Ramadhan buat sahabat dan saudara seagamaku sekalian.

Aliah Athirah Mazli
10 Julai 2013.
Puisi

Persiapkan diri. Bersedia.

Sunday, June 23, 2013
Guruh petir kilat segala--
Bagai satu isyarat
betapa Yang Maha Esa--
menyampaikan satu berita.

Kalau akal masih boleh berbicara waras--
sedar kan diri sendiri
apa yang perlu untuk dibaiki--

Ajal tak tunggu kita kata--

"Please wait for me, I am not yet ready!".

Aliah Athirah Mazli
June 2013, 12:53 p.m.
Puisi

Perancangan Dia. Sempurna.

Wednesday, June 19, 2013
Banyak mana rancang kita--
tak jadi tanpa izin Dia.

Puas macam mana hati kita--
bersedia jika Dia ubah semua.

Kunfayakun--
itu kata hikmat Dia.
jangan bantah jangan apa.

Sebab?
sebab Dia lebih tahu--
apa yang terbaik untuk kita.

senyum. istighfar. selawat.
itu ubat hati kita.

Ya. Percaya Allah Ta'ala.

Aliah Athirah Mazli
19 Jun 2013
Puisi

PUTUS ASA JANGAN SEKALI

Sunday, June 16, 2013
Rasa derita--
Sekejap.

Rasa lemah--
Sekejap.

Tu, tengok atas langit sana.
Dia ada--
Pegang kau sentiasa.

Percaya.

Aliah Athirah Mazli
Puisi

BANYAK RASA

Sunday, June 16, 2013
Aku rindu kau--
dalam-dalam.

Aku rindu kau--
dicerita pada Sang Pencipta Alam.

Sungguh
Rindu aku ini--
banyak untuk kau.

Puisi

LET IT GO

Sunday, June 16, 2013
Baju lama--
masih ada baunya.
Mahu dibuang sayang--
tak dilepas resah.

Baju lama--
perlu ada tuan barunya.
Bagi peluang dia merasa--
takdir Tuhan untuk dia.

Let it go sahaja--
jangan biar, raga terseksa.

Advice

HUMAN. WE TEND TO FORGET. ALWAYS.

Thursday, May 30, 2013
When I think about how life is meant to be at the first place, made me realized how this worldly life has an END. It will END. 

At one sight if we tend to forget about our real aim living here in this world, get ready to face the biggest regret once you open your eyes. REGRET. Don't let it overtake your life. Don't let the Satans win. DON'T. No matter how hard it is, FIGHT. 

Don't let Satans laugh at how they are able to win over you. I know it is hard. IT IS. 

TRY. FIGHT. PRAY. and LIVE. 

A song that definitely wake me up. Don't fall. Get up and stand straighter than before.

Maher Zain - This Worldly Life (Dunya)
Puisi

LANGKAH KAKI

Friday, May 17, 2013
16 Mei 2013, Khamis
8:35 malam
                                                                 
Saat ini
Ketika ini
Getar hati ini
Menemui jawapan yang pasti

Mengalir airmata
Deras lajunya tak terkata
Seolah tiada hentinya
Bila kalimah Allah dibaca

Perjalanan indah Allah atur
Aku tersenyum penuh syukur

Diri diserah penuh padaMu
Mengharapkan redha Yang Satu
Tetapkan kalbuku berjihad di jalanMu
Menuju destinasi akhir itu

Allah, semua ini adalah untukMu.

Kepada yang sedang bertugas di Kuala Kangsar sana, semoga Allah permudahkan urusanmu dan sahabat. Seronok dapat berjalan-jalan menikmati indahnya ciptaan Tuhan.

Hmm. Sudah lama diri tak bercuti berjalan. Teringin. 

Semalam ada iftar di Masjid UiTM. Menunya nasi ayam. Alhamdulillah. Aku baru merasa sebenarnya makan di dalam dulang beramai-ramai. Sudah 2 kali. Mulanya aku rasa janggal. Aku tertanya apa perlu aku buat. Of course lah kan, aku kena makan. Soalan -.-'  Jujur, aku rasa gembira. Dapat bersama dengan sahabat. Berkenalan dengan sahabat baru. Rasa tenang dan damai itu buat aku rasa syahdu.

Syahdu dan sayu.
Advice

AN UNEXPECTED TURN

Thursday, April 25, 2013

A song that reminds me the reason why I am created by HIM. I keep on listening to this non-stop lately. Well, who knows when their exact time will come? No one knows.

It is time to reflect back our deeds done in this world. Is it enough to guarantee our place in Jannah or not? Check back and renew our intentions to live in this world LillahiTaala everyday. 

Redha Allah. Siapa yang tak mahu. Ya, Redha Allah. 

This is just a simple reminder that I would like to share with my brothers and sisters.

I wonder who will come to pray for me when I die. I just, wonder.

Forgive me for all my wrongdoings. Halalkan makan minum. Don't worry, I forgive everyone everytime I want to sleep and when I wake up in the morning. If I do owe any of you money or things, leave a comment or contact me. Please do so. Thank you. May Allah grant each of us HIS redha and barakah. 

Aminn Ya Rabb.
Puisi

GERIMIS RINDU

Thursday, April 25, 2013
Minda tepu kaku,
Cerna semua satu-satu,
Raga kata "aku menyerah",
Jasad makin lama makin lemah.

Aku sudah lama tidak menulis. Bukan sibuk. Bukan malas. Kepala penuh dengan idea, perkara, peristiwa yang bagi aku terlalu pantas ceritanya. Aku masih cuba untuk hadam. Aku tidak rasa aku melalui semua ini dahulu. Mungkin kerana aku masih leka dan lalai waktu itu. Tapi kini, apa yang berlaku seakan satu pengajaran yang Allah bagi untuk aku belajar. Satu hari, dua tiga pengajaran. Bahkan ada hampir 4-5 pengajaran yang perlu aku telan.

Aku mahu menulis. Aku mahu menaip. Jari aku ini sudah gersang sangat gayanya nak menari nari di atas papan kekunci. Almaklumlah, ini sahaja kelebihan yang aku boleh canangkan. Dek kerana apa pun aku tak pasti, selalu terbantut keinginan diri untuk menulis di blog ini. Apa yang sempat aku tulis, aku tulis dalam diari pakai pensil picit. Nak termuntah juga karyanya aku conteng.

Proses hidup yang aku lalui, mematangkan diri. Jika dilihat semula betapa banyak waktu yang aku bazirkan. Lalai itu bahaya. Leka itu pemusnah raga. Aku masih tidak percaya aku seperti itu dahulu. Syukur. Aku lebih bahagia kini. Bahagia kerana aku tidak lelah hidup di dunia. Aku nantikan hidup yang kekal lama di sana.

Aku mahu berkarya. Mahu terus dengan minat di dada. 

Aku rindu kau orang semua walaupun aku tak tahu siapa. Yang baik ambil lah, yang buruk tinggalkanlah.

Gerimis Rindu? Ya , moga kau tahu apa rasa rindu lillahiTaala itu.


Aku sudah lama tidak berdamping dengan kamera besar itu. Rindu.
Advice

CAHAYA CINTA

Thursday, January 17, 2013

14 November 2012, Rabu; 11:10 malam.

Bisikan lembut menyapa kalbu,
Berkata indah berlagu merdu.

Dicari digapai,
Namun masih terkapai,
Ibarat dilambung badai.

Sang Pencipta itu lebih tahu,
Kira hambaNYA terdampar lesu,
Dek hamparan ujian yang hadir satu persatu.

Cahaya itu tidak datang berlari,
Bahkan tidak pula ia tiba secara “free”,
Dirimu itu perlu berpenat lelah mencari.

Pergilah dikau pergi,
Teroka semula fitrah kejadian diri,
Sesungguhnya kita semua akan kembali,
Di sisi AL-Khaliq yang hakiki.

Jangan dibiar diri hanyut terlalu lama. Rohani diri makin terseksa dek titik-titik hitam dosa yang rakus bermaharajalela. Saat batin diri terasa sakit, segeralah kembali kepadaNYA.

Menangislah, mengadulah sepuas-puasnya. Sesungguhnya, di situ letaknya ketenangan diri yang indah tak terkata. Cinta Allah Yang Maha Esa. Cinta yang membatasi segala cinta yang ada di dunia. 

Segera bangkit, segera berlari ! DIA setia menanti, menerima dirimu yang selalu dirindui.
Ya, Tuhanmu merinduimu. Pegang rasa itu; kerana tidak selalu ia akan berada di situ. 
Photo and editing by me
Self Update

IT HAS BEEN A WHILE

Thursday, January 17, 2013
Assalamualaikum everyone !

Phewhh ~ It has been quite a while since I last wrote here am I? Yes I am. I had just finished my first semester of my Degree. Time flies fast. During that period of time, I don't even have time to think on what to blog. 1 semester takes about 4 to 5 months including the final examinations. What I can conclude is that, my first semester is not that excellent. 

Why? Because I did not reach my aim or goal that I have set once I stepped into the University. I can say I am upset with myself. I am not satisfied with what I did. There are lots of emotions mixed together.  Have you ever had that kind of feeling where you are not proud of yourself for not giving your best when you know you can? Yes. I felt that.

I learn a lot. I am now on my semester break for 4 weeks. Holiday! My second semester will start on 3rd of March 2013. Still, I'm a 1st year student. There is another 2 years to go. InshaAllah.

How should I put this. Hmm..

I tend to loose my focus easily. Yes, I am easily distracted but once I'm into something, don't even dare to grab my hand and run. I'll be the one who runs away from you first. Hihi. There are lots of things that are tangled inside here. *pointing to my head*. Lets just conclude it this way :

I need to change. I need to start doing and not just planning.

I miss photography. I miss walking around the park. I miss the beach. I miss.... everything. I miss.... myself. Dear self, how are you doing?

Photo and editing by me

Wait. I have tonnes of stories and thoughts to share. Perhaps, my 4 weeks holiday will be spent majorly on writing aite? *smirk*.

Have a good day ahead everyone !