Puisi

TERDETIK

Friday, June 29, 2012
Foto dan suntingan : Saya
Dipincang keras
Dipancung deras

Batin pinta titisan kasih
DariMu Yang Maha Pengasih

Lautan insan
Bercabang lisan
Tiada rasa kasihan

Allahu Rabbi
Bawa aku kembali disisiMu
Tiba saat dan ketika nanti

Rinduku ini
Sudah menggunung tinggi
PadaMu Ya Ilahi
Advice

HIJRAH DIRI

Wednesday, June 20, 2012
Foto dan suntingan : Saya

Taman itu
Kegemaran aku
Kaki melangkah ke situ
Merasa nyaman milik aku

Saat kecil itu
Kegemaran aku
Suci tanpa sebarang debu dosa
Tak perlu aku gusar segala

Dewasa datang menyergah
Hidup di ambang punah
Dugaan menjengah
Selalu sahaja rasa resah

Foto dan suntingan : Saya

Hidup keremajaan itu
Bukan kegemaran aku
Waktu itu sayu
Tiada satu pun yang diri tahu

Terdampar sana
Terdampar rasa
Terdampar derita
Terdampar bahagia

Itu semua
Dahulu punya cerita

Diri goyah
Diri punah

Sebab apa?
Sebabnya hati itu kosong
Bila dengan Sang Pencipta pun sombong

Foto dan suntingan : Saya

Sisa dewasa ini
Kegemaran aku

Kerna apa?
Kerna Tuhan Yang Maha Satu
Dia ada bersamaku

Saat diri dibolak-balik
Diri aku seakan ditarik
Dengan pelbagai pandangan jelik

Petunjuk Dia Maha Kaya
Aku sedar segala
Tak semua di dunia selamanya

Perhitungan di Mahsyar sana
Penentu di mana hidup bermula


Nukilan: Aliah Athirah Mazli.
Puisi

PONDOK KECIL

Monday, June 18, 2012
Ia bercambah
Hadir dengan rasa

Menzahirkan kalimat
Beralun berlagu

Jika dijaga baik
Sempurnalah ia

Jika diabai buruk
Busuklah ia

Pondok kecil
Itulah Qalbi

Letaknya dua jari
Di bawah susu kiri

nukilan: Aliah Athirah Mazli
(18 Jun 2012 Ahad, 12:31 tengah malam)

Puisi

DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

Sunday, June 17, 2012


Terlalu istimewa untuk aku kongsi
Namun pasti ada yang sama situasi
Semoga mereka yang lain mendapat inspirasi
Cetusan aspirasi yang menaikkan semangat diri

Kau sahabat
Mendengar dikala aku gundah

Kau sahabat 
Mendoa dikala aku jatuh punah

Kau sahabat
Pinjaman Allah dikala aku lelah

Kau sahabat
Betul salahku tak pernah kau tidak endah

Kau sahabat
Menceriakan hari insan-insan di luar sana

Kau sahabat
Punya ilmu dan bakat yang tersembunyi

Maaf dariku
Atas segala khilaf yang lalu

Apa apa pun yang kau plan nanti
Kau tahu Allah itu memerhati
Jika perubahan LillahiTa'ala yang kau tuju
Doa dan semangat terus aku kirimkan untukmu

Terima kasih sahabat. Kau pinjaman Allah Ta'ala di dunia yang hebat.

Semoga istiqamah dalam menuntut redhaNya. 

Nota kaki : Salam Israk Mikraj kepada semua.
Family

CINTA ♥

Wednesday, June 13, 2012
Foto credit kepada Saffuan Aroff Mohd Saufi a.k.a wawan

Sebelum lahirnya aku
Dia ada

Selepas aku disambut tiba
Dia ada

Membesarnya aku
Dia ada

Menangisnya aku
Dia ada

Mengadunya aku
Dia ada

Jatuh bangun aku
Dia ada

Dia tetap ada
Dia tetap ada

Tanpa ada rasa jelik
Melayan sabar anak cucu cicit

Dirimu tiada ganti
Dirimu disayangi sepenuh hati

Moga Yang Esa sentiasa berkatimu
Supaya terus memandu keluarga ini
Ke jalan Allah  yang satu

Aku mahu dinikahi
Ada kamu disisi

Aku mahu menimang baby
Ada kamu disisi

Aku mahu anak anakku nanti
Kenali siapa lelaki hebat ini

Ditemani isteri yang setia disisi
Rezeki melimpah setiap hari
Aku mahu perkahwinan seperti ini
Hidup yang diredhai

Allahu Rabbi
Aku cinta lelaki ini
Aku syukur punya dia disisi

Tokki, alia sayang Tokki.  Tok, peluk cium untuk Tok. Sayang Tok.


Nukilan : Cucu perempuanmu yang ke-10. Aliah Athirah Mazli. 
(13 Jun 2012 Rabu, 10:24 awal pagi)
Puisi

DALIL HATI

Monday, June 11, 2012
Foto dan suntingan : Saya

Jari dituding
Muka dipaling
Ekspresi hening

Robek hati dicincang
Acah kata dicanang
Mana pula kata sumbang

Pemetik api dinyala
Cigar dihala

Asap putih berkepul
Luluh hati terasa simpul

Mana kebenaran
Jika fakta diautakan

Tidak mahu dengar
Tidak mahu tahu

Cuma kepingin satu
Kondisi teguh itu
Kembali bersatu
Antara kau dan aku
Family

USS SINGAPORE ♥

Monday, June 11, 2012
Sehari selepas majlis resepsi, keluarga Hj Othman dan Hjh Zalmah berangkat ke Singapore. 

Amboi gaya macam lama. Sehari sahaja. Pergi awal pagi dan pulang pada malamnya. Indah rasa. Percutian sehari bersama keluarga besar ini.

Tempatnya hebat. Rasa macam berada di alam lain. Sakit sikit mata bila terpaksa melalui kelibat ramai yang ada di antaranya telanjang sahaja. Hm.

Konklusi percutian. Berbaloi tapi jika lebih sehari sikit mungkin lagi terasa berbaloinya. Hihi.

Terima kasih Tuhan atas nikmat kebahagiaan.

Layankan gambar. Aku rasa penat untuk bercerita.

Kalau ada masa, kau kau dan kau pergi lah sana. Mesti kau rasa nak menyorok di situ tak mahu balik sampai bila bila.

Family besar. Naik bas angkut semua.
Tiba :)
Lihat Numa. Gadis comel paling kanan. Numa, kak alia rinduuuuu !
Handsome ayah and the sempoi Acik & Yechik

Rasa seronok bukan? Kalau boleh aku mahu ke sana lagi. Banyak rides yang aku tak ternaik. Kerana apa? Kerana sifat takut yang melampaui batas. Lain kali mungkin. Ya, mungkin.

InsyaAllah, jumpa lagi !
Puisi

GOBOK GHAIB

Monday, June 11, 2012
Kalut kusut tersusun
Kata dilancar meruntun

Bukan menolak
Bukan menidak

 Sampai nanti satu saat
Guris hati ini sesat

Mohon jemari ini disambut
Jika tiada aku hanyut

Sigaret dinyala
Hembusan dihala hampa 

Caturan ramai kenalan
Hilang kini dipandangan

Hiris ditonyoh
Hiris digomol
Hiris dipukul

Kaki mencari
Pondok jauh

Relakan dia pergi
Andai sudah tiba masa nanti

nukilan: Aliah Athirah Mazli
(Isnin 11 Jun 2012, 2:52 petang)
Rantaian dalam diri yang makin menjadi jadi.
Jauh lagi untuk aku daki. Aku mahu pergi. Ke situ. Ya, di situ.
p/s : Photos and editing by me. Thank you.