Showing posts with the label : Puisi
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Tuesday, July 30, 2013

SINGGAHAN RASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Ada satu ketika--

rasa gementar dalam dada,
persis ombak memukul pantai,
yang tiada hentinya.

Terasa hina--
apa cerita bila di ambang sakaratul maut nanti?
apa nasib diri?
apa yang bakal dilalui waktu itu?

Semua itu hanya Allah sahaja yang tahu--
Dia Maha Mengetahui.

Amalan aku--
entah diterima entah tidak,
entah dilihat catatannya entah tidak.

Dosa aku--
entah diampunkan entah tidak,
mungkin masih tinggi menggunung.

Usaha lagi.
Taubat jangan henti.
Amal terusan sampai mati.

Nukilan: Aliah Athirah Mazli
Julai 2013.

Doa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Doa itu--

senjata kau dan aku,
teguhnya ia,
pabila dibaca.

Doa itu--
penghubung antara kau dan aku,
jauh beribu batu,
rentasi apa jua lautan.

Doa itu--
jambatan mahabbatullah,
tautan rasa rindu padaNya,
demi meluahkan--
yang terbuku,
dalam kalbu.

(Aliah Athirah Mazli, 30 Julai 2013).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak semua manusia lihat akan kehebatan doa. Andaiannya lambat, tidak didengar dan berbagai macam sangkaan.

Lihat semula diri kita. Tanya soalan pada diri setiap kali rasa diri dipinggir Ilahi.

Sungguh-sungguh kah aku berdoa?
Sungguh-sungguh kah aku usaha?

Maksiat hari ini banyak atau tidak?
Dosa hari ini sudah dimohon taubat atau tidak?
Aurat dijaga dengan sempurna atau tidak?

Lihat diri. Muhasabah kembali.

Ego dengan manusia itu terpulang rasa. Tetapi, ego dengan Allah? Allahu, jangan terbit rasa seperti itu. Hinanya kita, Allah sahaja yang tahu. 

Kembali lah pada Dia yang Satu.
Berdoa lah. 
Letak kan pergantungan penuh hanya pada Allah Yang Esa.

Percaya, Dia Mendengar walau seperlahan mana bicaranya, esaknya, bisiknya dan lintasan hatinya.

Amin kan doanya. Raup tangan ke muka. Berlapang dada. 

Allah dengar segala kata kita. 
Thursday, July 11, 2013

Hijrah Hati Hijrah Diri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Air mata ditakung penuh.

Dada diusap lembut--
zikir dialun terus.

Jawapan ini--
moga dipandu hati
dengan Dia disisi.

Tuhanku--
ini untukMU.

Nukilan: Aliah Athirah Mazli
Sunday, June 23, 2013

Persiapkan diri. Bersedia.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Guruh petir kilat segala--

Bagai satu isyarat
betapa Yang Maha Esa--
menyampaikan satu berita.

Kalau akal masih boleh berbicara waras--
sedar kan diri sendiri
apa yang perlu untuk dibaiki--

Ajal tak tunggu kita kata--

"Please wait for me, I am not yet ready!".

Nukilan: Aliah Athirah Mazli
June 2013, 12:53 p.m.
Thursday, January 17, 2013

CAHAYA CINTA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

14 November 2012, Rabu; 11:10 malam.

Bisikan lembut menyapa kalbu,
Berkata indah berlagu merdu.

Dicari digapai,
Namun masih terkapai,
Ibarat dilambung badai.

Sang Pencipta itu lebih tahu,
Kira hambaNYA terdampar lesu,
Dek hamparan ujian yang hadir satu persatu.

Cahaya itu tidak datang berlari,
Bahkan tidak pula ia tiba secara “free”,
Dirimu itu perlu berpenat lelah mencari.

Pergilah dikau pergi,
Teroka semula fitrah kejadian diri,
Sesungguhnya kita semua akan kembali,
Di sisi AL-Khaliq yang hakiki.

Jangan dibiar diri hanyut terlalu lama. Rohani diri makin terseksa dek titik-titik hitam dosa yang rakus bermaharajalela. Saat batin diri terasa sakit, segeralah kembali kepadaNYA.

Menangislah, mengadulah sepuas-puasnya. Sesungguhnya, di situ letaknya ketenangan diri yang indah tak terkata. Cinta Allah Yang Maha Esa. Cinta yang membatasi segala cinta yang ada di dunia. 

Segera bangkit, segera berlari ! DIA setia menanti, menerima dirimu yang selalu dirindui.
Ya, Tuhanmu merinduimu. Pegang rasa itu; kerana tidak selalu ia akan berada di situ. 
by AliahMazli
Sunday, August 5, 2012

DI BENAK RASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Bukti kekuasaan

Bukti keEsa-an
Bukti kejadian
Jelas terpampang depan mata

Jahil diri menidakkan semua
Hatta apa yang ada pada diri
Adalah bukti kebesaran Ilahi

Marilah merenung dan menghayati
Akan nikmat yang telah Allah beri
Setiap saat, setiap masa, setiap hari

Nukilan: Aliah Athirah Mazli
5 Ogos 2012, 2:33 petang

p/s: Latih hati tidak mudah. Jangan terus gundah. Dia tak akan biar kita susah! :)
Monday, July 23, 2012

MENGINTAI KASIH HATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
by AliahMazli
Ketuk pintu hati,
Apa khabar kau kini?

Hati getar kecil,
Tertawa mungkin.

Jawab hati itu,
Dengan penuh jujur.

Aku gembira,
Aku bahagia,
Aku senang,
Aku tenang.

Bila hati tak pernah henti,
Melagukan zikir pada Ilahi,
Yang kini bermaharajalela di Qalbi.

Ya, rasa cintaku ini,
Hanya milik Allah Yang Hakiki.

Nukilan: Aliah Athirah Mazli
(23 Julai 2012, 10:40 malam)

by AliahMazli
I am waiting patiently to go to another pole. I've gone through a lot to reach up to this pole. The challenges were not easy. I managed to pass through that and I am eager to grab the pole right in front of me.

The new chapter of my life. May Allah ease everything for me. Ameen. Do pray for me.

p/s: Been dreaming about Tokki these past few nights. I miss him so much. So do Tok. Can't wait to kiss and hug them. Tokki, Tok doakan Alia depan Ka'abah dan di Arafah sana ye. *nangis*
Friday, June 29, 2012

TERDETIK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
by AliahMazli
Dipincang keras
Dipancung deras

Batin pinta titisan kasih
DariMu Yang Maha Pengasih

Lautan insan
Bercabang lisan
Tiada rasa kasihan

Allahu Rabbi
Bawa aku kembali disisiMu
Tiba saat dan ketika nanti

Rinduku ini
Sudah menggunung tinggi
PadaMu Ya Ilahi

Nukilan: Aliah Athirah Mazli
Wednesday, June 20, 2012

HIJRAH DIRI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
by AliahMazli
Taman itu
Kegemaran aku
Kaki melangkah ke situ
Merasa nyaman milik aku

Saat kecil itu
Kegemaran aku
Suci tanpa sebarang debu dosa
Tak perlu aku gusar segala

Dewasa datang menyergah
Hidup di ambang punah
Dugaan menjengah
Selalu sahaja rasa resah

by AliahMazli
Hidup keremajaan itu
Bukan kegemaran aku
Waktu itu sayu
Tiada satu pun yang diri tahu

Terdampar sana
Terdampar rasa
Terdampar derita
Terdampar bahagia

Itu semua
Dahulu punya cerita

Diri goyah
Diri punah

Sebab apa?
Sebabnya hati itu kosong
Bila dengan Sang Pencipta pun sombong

by AliahMazli
Sisa dewasa ini
Kegemaran aku

Kerna apa?
Kerna Tuhan Yang Maha Satu
Dia ada bersamaku

Saat diri dibolak-balik
Diri aku seakan ditarik
Dengan pelbagai pandangan jelik

Petunjuk Dia Maha Kaya
Aku sedar segala
Tak semua di dunia selamanya

Perhitungan di Mahsyar sana
Penentu di mana hidup bermula


Nukilan: Aliah Athirah Mazli.
Monday, June 18, 2012

PONDOK KECIL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Ia bercambah
Hadir dengan rasa

Menzahirkan kalimat
Beralun berlagu

Jika dijaga baik
Sempurnalah ia

Jika diabai buruk
Busuklah ia

Pondok kecil
Itulah Qalbi

Letaknya dua jari
Di bawah susu kiri

nukilan: Aliah Athirah Mazli
(18 Jun 2012 Ahad, 12:31 tengah malam)

Sunday, June 17, 2012

DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



Terlalu istimewa untuk aku kongsi
Namun pasti ada yang sama situasi
Semoga mereka yang lain mendapat inspirasi
Cetusan aspirasi yang menaikkan semangat diri

Kau sahabat
Mendengar dikala aku gundah

Kau sahabat 
Mendoa dikala aku jatuh punah

Kau sahabat
Pinjaman Allah dikala aku lelah

Kau sahabat
Betul salahku tak pernah kau tidak endah

Kau sahabat
Menceriakan hari insan-insan di luar sana

Kau sahabat
Punya ilmu dan bakat yang tersembunyi

Maaf dariku
Atas segala khilaf yang lalu

Apa apa pun yang kau plan nanti
Kau tahu Allah itu memerhati
Jika perubahan LillahiTa'ala yang kau tuju
Doa dan semangat terus aku kirimkan untukmu

Terima kasih sahabat. Kau pinjaman Allah Ta'ala di dunia yang hebat.

Semoga istiqamah dalam menuntut redhaNya. 

Nota kaki : Salam Israk Mikraj kepada semua.
Wednesday, June 13, 2012

CINTA ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Foto credit kepada Saffuan Aroff Mohd Saufi a.k.a wawan

Sebelum lahirnya aku
Dia ada

Selepas aku disambut tiba
Dia ada

Membesarnya aku
Dia ada

Menangisnya aku
Dia ada

Mengadunya aku
Dia ada

Jatuh bangun aku
Dia ada

Dia tetap ada
Dia tetap ada

Tanpa ada rasa jelik
Melayan sabar anak cucu cicit

Dirimu tiada ganti
Dirimu disayangi sepenuh hati

Moga Yang Esa sentiasa berkatimu
Supaya terus memandu keluarga ini
Ke jalan Allah  yang satu

Aku mahu dinikahi
Ada kamu disisi

Aku mahu menimang baby
Ada kamu disisi

Aku mahu anak anakku nanti
Kenali siapa lelaki hebat ini

Ditemani isteri yang setia disisi
Rezeki melimpah setiap hari
Aku mahu perkahwinan seperti ini
Hidup yang diredhai

Allahu Rabbi
Aku cinta lelaki ini
Aku syukur punya dia disisi

Tokki, alia sayang Tokki.  Tok, peluk cium untuk Tok. Sayang Tok.


Nukilan : Cucu perempuanmu yang ke-10. Aliah Athirah Mazli. 
(13 Jun 2012 Rabu, 10:24 awal pagi)
Monday, June 11, 2012

DALIL HATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Jari dituding
Muka dipaling
Ekspresi hening

Robek hati dicincang
Acah kata dicanang
Mana pula kata sumbang

Pemetik api dinyala
Cigar dihala

Asap putih berkepul
Luluh hati terasa simpul

Mana kebenaran
Jika fakta diautakan

Tidak mahu dengar
Tidak mahu tahu

Cuma kepingin satu
Kondisi teguh itu
Kembali bersatu
Antara kau dan aku

(Aliah Athirah Mazli)

GOBOK GHAIB

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Kalut kusut tersusun
Kata dilancar meruntun

Bukan menolak
Bukan menidak

 Sampai nanti satu saat
Guris hati ini sesat

Mohon jemari ini disambut
Jika tiada aku hanyut

Sigaret dinyala
Hembusan dihala hampa 

Caturan ramai kenalan
Hilang kini dipandangan

Hiris ditonyoh
Hiris digomol
Hiris dipukul

Kaki mencari
Pondok jauh

Relakan dia pergi
Andai sudah tiba masa nanti

nukilan: Aliah Athirah Mazli
(Isnin 11 Jun 2012, 2:52 petang)
by AliahMazli
by AliahMazli