Puisi

PENYEMBUH ITU; SENYUMAN

Thursday, May 31, 2012

 Bilamana hati itu terkapai
Ucap kata yang tidak terungkai
 Cuba gapai
Namun tidak sampai

Kelu lidah itu
Mimpi seakan benar sedarkan aku
Mana mahu tahu
Jika bukan dariNya Yang Satu

Kira diri dulu dikotak katik
Menyusun bongkah soalan yang tercarik

Dongak kepala lihat keatas
Capai semula cerita pada kertas
Aku sedar punahnya bila bebas
Jika diri tegar pada tindak balas

Senyuman itu aku
Diri aku yang hilang dulu
Kini aku tahu
Siapa aku


hasil nukilan : Aliah Athirah Mazli
(31 Mei 2012, Khamis 3:40 petang)


p/s:  Tertanya jika perginya diri ini suatu hari nanti, adakah yang sudi untuk terus menghantar kiriman doa buat diri?
Family

MASA BERSAMA KELUARGA ADALAH YANG PALING INDAH ♥

Tuesday, May 22, 2012
One whole restaurant just for our family. This is only suku of our family. Belum half lagi.

Bismillah. Pada hari ahad yang lepas 20 Mei 2012, telah diadakan makan makan bersama keluarga sempena meraikan kejayaan majlis perkahwinan Yayan dan Dena pada 1 Mei 2012 yang lalu. Semua yang terlibat membantu pada hari tersebut hadir. Terima kasih Baba Mohd Saufi dan Ayahngah Kamarul Bahrin for treating all of us that day. Syukur.

Sehari selepas hari konvokesyen berlalu, ada pula hari bersama keluarga. Apa lagi yang perlu saya minta. Rahmat Allah itu terlalu indah untuk saya ungkapkan. True to say, time with the family is the most expensive than any other things.

The food there was awesome. Sedap and sangat berbaloi kalau nak pergi. The cousins
Makde, Umi dan Tokteh Ayah look sleepy. Tired maybe. Hihi. Mann, Y ayah look so handsome?
Tokteh with her cicit. Kalau Tok tengok ni mesti Tok pun tak sabar nak ada cicit. InsyaAllah Tok. I'm sure Tok will be the most happiest person in the world kalau ada cicit nanti. Ameen. Moga Allah perkenankan.
My awesome aunts and Tokteh From left : Makngah Ida, Umi, Makde, Acik, Makcu Yusa, Tokteh and sleeping cutie Amni :)
Mereka awesome. Sekian Duduk diam tanpa cakap apa apa pun best dengan mereka ni. :D
The newleyweds and kaklong
Ya Allah, syukurku padaMu tidak dapat aku ungkapkan kerana banyaknya limpah rahmatMu terhadapku dan keluargaku. Aku bersyukur. Kau pinjamkan mereka kepadaku untuk aku merasai apa itu erti kebahagian bersama keluarga yang mawaddah. Semoga keluarga ini akan terus diberkati olehNya.

p/s: Tak ingat nama restoran tu. Dekat Ampang, Ruz Aladin kot.
Family

GRADUATE'S STORY

Tuesday, May 22, 2012
My sister snap this. Yes, thats me :)

19th May 2012, Saturday. The day I was officially called an Alumni of UiTM Malaysia. Graduated my study in Diploma of Office Management and Technology. The nervous hits me when my turn is getting nearer on that day.
  
My aunt tricked me saying her with the cousins couldn't come. I don't mind eventho I really hoped that they'll come. Wanting to do a suprise I guess. My sister spoiled it saying they were on their way. Haha. I was like.... -.-''

Them, while waiting for me.


My 4th brother was not able to come as he'll be facing his SPM exam soon. My parents tried but the management of the school went nuts I guess. VERY BAD.


My strength. My family
I may lack in many ways but deep in my heart I cherish my family, our family and wanting to protect the family for the rest of my life. Thank you for your patience and bear with my attitude when I'm at my worst. Thank you for.. be there for me. I may not be good in expressing my feelings, my thoughts but enough to know my heart, my life i dedicate em all to you, family. Syukur Ya Allah for giving me the chance to be apart of this family.

The cousins, thank you much kesayangan ! Please know that I love you guys so much !


Thanks yayan dena datang. Happy tau ! Pandai dena awak tak gitau ite. Kihkih.
Thank you love for the flowers. I love it.
My aunt, Acik She beautiful :) Oh thats her daughter, Nuha :)
Acik, no words can describe on how grateful I am to be one of your nieces. You are a great aunt. I am thankful. Thank you so much Acik. You've done a lot. You gave a lot. May Allah bless your family and showers you with HIS blessings always. Ameen. I love you so much acik. I do.

Thank you Allah for this. Thank you for lending them to me in this world to love me and to be there with me.
Parents


Tiada kata yang dapat diungkap
Apatah lagi dari mulut yang tidak terucap

Begitu banyak jasa, bakti, wang dan peluh keringat
Membesarkan, mendidik dan menjaga tidak kira penat
Tidak termasuk dengan perangai ini yang ligat
Selalu sahaja minta telinga untuk dipiat-piat

Aku sedar banyak salahku kepada kedua kamu
Aku tidak mengerti akan kepayahan kedua kamu
Aku cuba untuk memahami betapa istimewanya kedua kamu

Maafkan aku umi ayahku
Terlalu banyak dosaku padamu

Terima kasih atas segalanya
Ku mohon doa supaya Allah membalas semua
Diberkati dirahmati
Hanya itu yang aku mampu kini

Terima kasih umi ayah.

hasil nukilan : anakmu, Aliah Athirah Mazli
(Rabu 16 Mei 2012, 11:15 pagi)


p/s: Ini cuma ilmu dunia. Tidak terhenti sekadar di sini. Ilmu dunia ada peringkatnya tapi kejarlah ilmu Allah yang meluas serata alam yang tidak terhingga. InsyaAllah.
Family

28 APRIL 2012 ITU

Tuesday, May 08, 2012

Cucu pertama dalam keluarga Hj Othman dan Hjh Zalmah
Cucu pertama juga yang kini sudah membina keluarga yang mawaddah
Cucu pertama yang mengajarku tentang indahnya percintaan selepas bernikah
Cucu pertama yang menjadi contoh terbaik buat adik adik sepupu yang mana aku percaya mengikut langkah

The mosque
I wonder what was Yayan thinking at that time? :D
While waiting for the bride and her family
I love this personally. The first grandson with the grandfather. Who can believe he is already married now.


I remember playing with him and with other cousins when we were little. It was a fun memories back then. He is a great brother and a very good example to us the cousins.

Rasa sebak pada hari itu. Cucu pertama dalam keluarga kini sudah menjadi suami kepada wanita yang dicintai. 

My brother , the tall one with wawan (the cousin), photographer tidak rasmi yang setia mengambil gambar. hehe. OH, semua gambar di sini adalah hasil adik saya. Saya hanya melenggang sahaja pada hari itu.
Dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah. Oh, perasan tak anak panah merah tu? That's me. Punya nervous sampai berdiri :D
Mohd. Soffian Ariff dan Nur Dianah Kamarul Bahrin. Selamat Pengantin Baru :)

Dena,

You are originally a family. Our family. I am proud of you and I love you. We all love you :) Welcome to the family dua pupuku <3

Yayan,

You will always be our beloved abang sepupu yang sentiasa shows good examples pada adik adik sepupu. I am proud of you both. And yes we all love you yayan :)

Semoga berbahagia di bawah lindungan rahmatNya senantiasa. InsyaAllah.



p/s: Dena, gambar kita dua banyak dekat awak. Wuwuwu. Nanti emel ke mms ke k? Mwah.
Thoughts

MEMBERI SERIBU ERTI DAN KESEDARAN

Tuesday, May 08, 2012
Tidak puas rasanya jelajah PWTC pada minggu lepas. Syurga buku pada masa itu. Semahunya hati ini mahu memiliki semua. Mahu membaca semua. Diri ini yang serba jahil tentang agama rasa bertambah jahil membaca ilmu-ilmu ini. Semoga diberi kesempatan untuk pergi lagi tahun depan.

Ada nota kaki yang Tokki tinggalkan di dalam setiap buku. Semuanya memberi motivasi dan pesanan yang tidak ternilai. Di dalam buku Wanita yang Dirindui Syurga, Tokki ada tinggalkan pesanan buat diri ini.

"Rindukan Allah insyaAllah Syurga" - Tokki.

Sememangnya Dunia ini sudah semakin menghampiri pengakhirannya. Tidak lama lagi. Semoga hati kita sentiasa melagukan zikrullah kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad yang tercinta. Sebagai umatnya, kita harus lebih mengenali Rasul kita daripada manusia yang tidak ada sebarang syafaat untuk membantu di akhirat kelak.

InsyaAllah niatkanlah segala apa yang kita lakukan setiap kali bangun pagi dan segala urusan kita pada hari itu "kerana Allah Ta'ala" .

Kini, baru aku sedari dan baru aku ketahui darjat seorang wanita itu begitu tinggi sekali. Tetapi wanita itu sendiri yang merendahkan darjatnya serendah yang mungkin di dunia tanpa menghiraukan hidup yang kekal abadi di akhirat nanti. Ya Allah, banyak yang baru aku ketahui hanya dari 2 buku ini. Betapa luasnya ilmu Allah itu.

"Seimbang dunia, seimbang akhirat insyaAllah kejayaan menanti".

"Buku ini tidak menjadikan anda sehebat dan semulia Rasulullah SAW, namun sekurang-kurangnya jadilah yang paling hampir dengannya".