Tuesday, May 8, 2012

MEMBERI SERIBU ERTI DAN KESEDARAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
by AliahMazli
Tidak puas rasanya jelajah PWTC pada minggu lepas. Syurga buku pada masa itu. Semahunya hati ini mahu memiliki semua. Mahu membaca semua. Diri ini yang serba jahil tentang agama rasa bertambah jahil membaca ilmu-ilmu ini. Semoga diberi kesempatan untuk pergi lagi tahun depan.

Ada nota kaki yang Tokki tinggalkan di dalam setiap buku. Semuanya memberi motivasi dan pesanan yang tidak ternilai. Di dalam buku Wanita yang Dirindui Syurga, Tokki ada tinggalkan pesanan buat diri ini.

"Rindukan Allah insyaAllah Syurga" - Tokki.

Sememangnya Dunia ini sudah semakin menghampiri pengakhirannya. Tidak lama lagi. Semoga hati kita sentiasa melagukan zikrullah kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad yang tercinta. Sebagai umatnya, kita harus lebih mengenali Rasul kita daripada manusia yang tidak ada sebarang syafaat untuk membantu di akhirat kelak.

InsyaAllah niatkanlah segala apa yang kita lakukan setiap kali bangun pagi dan segala urusan kita pada hari itu "kerana Allah Ta'ala" .

Kini, baru aku sedari dan baru aku ketahui darjat seorang wanita itu begitu tinggi sekali. Tetapi wanita itu sendiri yang merendahkan darjatnya serendah yang mungkin di dunia tanpa menghiraukan hidup yang kekal abadi di akhirat nanti. Ya Allah, banyak yang baru aku ketahui hanya dari 2 buku ini. Betapa luasnya ilmu Allah itu.

"Seimbang dunia, seimbang akhirat insyaAllah kejayaan menanti".

"Buku ini tidak menjadikan anda sehebat dan semulia Rasulullah SAW, namun sekurang-kurangnya jadilah yang paling hampir dengannya".

No comments:

Post a Comment