Monday, September 22, 2014

KEROPOK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Aku mahu berkongsi satu situasi yang berlaku pada hari ini. 


Aku ke A & W setelah selesaikan beberapa urusan. Teringin benar mahu minum Float. Rezeki. Lega betul rasa tekak. Rasa macam nikmat yang tak dapat diungkap. Sebelum masuk ke kedai, ada seorang makcik yang jual keropok, aku hanya senyum dan memberi signal tidak. Sebabnya aku tidak memasak di rumah sewa. 

Semasa di dalam kereta sementara menunggu enjin kereta panas, aku berkalih ke kanan, terkejut ada seorang pakcik yang juga menjual keropok. 

Aku:
Pakcik, saya tak beli keropok, saya tak masak pun di rumah.

Pakcik itu terus setia menghulurkan sepaket keropok untuk aku. Aku tak mampu nak menolak. Matanya terlalu sayu untuk aku tolak.

Aku keluarkan not kertas untuk diserahkan kepada beliau.

Aku: 
Pakcik, saya memang tak akan beli sebab saya memang tak masak. Tapi pakcik ambil lah duit ini ye.

Pakcik:
Ambil lah.

Aku:
Tak apa pakcik. Pakcik doakan saya ye?

Pakcik:
Kamu pelajar ka? (Dari gaya pakcik ni mungkin dari Indonesia)

Aku:
Ye pakcik. Doakan saya ye?

Pakcik itu terus menadah tangan mendoakan. Aku mengaminkan doanya.

Senyuman yang terpancar pada bibirnya terlalu indah untuk aku hurai. Terlalu syahdu dan penuh dengan kesyukuran. Aku tersenyum girang, khas untuk beliau.

Sementara aku undur kereta dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya, aku sempat menjeling ke arah pakcik yang masih berdiri di situ.

Beliau menadah tangan buat kali kedua sambil memandang ke langit dan tersenyum. 

Aku menangis. Ya, menangis. 

Kau rahmatilah pakcik itu Tuhanku.

Aku rasa syahdu kerana aku membayangkan jika pakcik itu adalah aku atau ayah aku, tak ke syahdu dan terlalu indah untuk tidak diendahkan.

Berapa sangat yang kurang dalam dompet tetapi rezeki yang Allah akan beri lebih BANYAK dari itu.

Percayalah kepada rezeki. Percayalah Allah lah pemilik segalanya dan kita adalah asbab kepada rezeki orang lain yakni sebagai perantara atau penyampainya sahaja.

Ringankan tangan kanan untuk memberi sehingga tidak diketahui oleh tangan kiri.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment