Wednesday, June 25, 2014

TUHAN, BERI SAYA PELUANG KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Tangan dan kaki ku diikat. Aku dibawa asing ke bilik yang kosong. Gelap. Tiada siapa di situ melainkan aku dan kegelapan.


Terdengar ketukan yang kuat seolah dihempas. Lebih tepat lagi bunyinya seperti senjata yang selalu dipegang oleh pegawai penjara dan digesel di pintu sel.

Dadaku terasa penuh debar. Peluh memercik. Berombak nafasku menahan gelodak rasa yang tidak dapat untuk dibendung. Aku terasa kalut. Terasa takut. Tidak tenang. Seolah bumi dan seluruh isinya dihimpit ke atasku, di kiri kananku.

"Aliah Athirah!".

Panggilanku namaku tiba. Giliran aku.

Ya, giliran aku untuk dibawa ke mana pun aku tidak pasti.

Gelisah. Itu rasa yang aku rasa tidak tepat melainkan ada kata baru yang benar-benar dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu. Aku diseret keluar. Wajahku berpeluh. Aku panik. Aku meronta untuk dilepaskan namun itu semua harapan. 

Aku kini berada di hadapan tali gantung. Anehnya, bukan manusia yang bersama aku ketika itu. Seolah yang berada ketika itu adalah penjaga kiri kananku serta yang menghukum ku adalah Tuhan aku.

Aku melutut. Aku merayu.

" Allah, aku tidak mahu mati lagi".

"Allah, jangan matikan aku lagi".

"Allah, jangan ambil nyawaku lagi. Aku banyak dosa ya Allah".

"Allah, kasihanilah aku ya Allah".

"Allah, BERI AKU PELUANG KEDUA YA ALLAH".

Aku terjaga. Jam menunjukkan pukul 5 kalau tidak silap aku. Allah kejut. Bangun untuk menghadapNYA. Namun aku gagal.

Setelah diberi peringatan bahawa mati itu bila-bila sahaja. Aku masih lalai. 

Berpeluh badanku. Itu baru mimpi. Andai tiba masa nanti, ingat Allah mahu beri peluang kedua lagi?

Petunjuk Tuhan yang paling terkesan. Aku hambaMU yang lemah Ya Allah.

Ampuni aku.
Ampuni aku.
Ampuni aku.

Redhakan keluargaku,
redhakan aku,
redhakan hidupku.

No comments:

Post a Comment