Wednesday, June 13, 2012

CINTA ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Foto credit kepada Saffuan Aroff Mohd Saufi a.k.a wawan

Sebelum lahirnya aku
Dia ada

Selepas aku disambut tiba
Dia ada

Membesarnya aku
Dia ada

Menangisnya aku
Dia ada

Mengadunya aku
Dia ada

Jatuh bangun aku
Dia ada

Dia tetap ada
Dia tetap ada

Tanpa ada rasa jelik
Melayan sabar anak cucu cicit

Dirimu tiada ganti
Dirimu disayangi sepenuh hati

Moga Yang Esa sentiasa berkatimu
Supaya terus memandu keluarga ini
Ke jalan Allah  yang satu

Aku mahu dinikahi
Ada kamu disisi

Aku mahu menimang baby
Ada kamu disisi

Aku mahu anak anakku nanti
Kenali siapa lelaki hebat ini

Ditemani isteri yang setia disisi
Rezeki melimpah setiap hari
Aku mahu perkahwinan seperti ini
Hidup yang diredhai

Allahu Rabbi
Aku cinta lelaki ini
Aku syukur punya dia disisi

Tokki, alia sayang Tokki.  Tok, peluk cium untuk Tok. Sayang Tok.


Nukilan : Cucu perempuanmu yang ke-10. Aliah Athirah Mazli. 
(13 Jun 2012 Rabu, 10:24 awal pagi)

No comments:

Post a Comment