GOBOK GHAIB

Monday, June 11, 2012

Kalut kusut tersusun
Kata dilancar meruntun

Bukan menolak
Bukan menidak

 Sampai nanti satu saat
Guris hati ini sesat

Mohon jemari ini disambut
Jika tiada aku hanyut

Sigaret dinyala
Hembusan dihala hampa 

Caturan ramai kenalan
Hilang kini dipandangan

Hiris ditonyoh
Hiris digomol
Hiris dipukul

Kaki mencari
Pondok jauh

Relakan dia pergi
Andai sudah tiba masa nanti

nukilan: Aliah Athirah Mazli
(Isnin 11 Jun 2012, 2:52 petang)
Rantaian dalam diri yang makin menjadi jadi.
Jauh lagi untuk aku daki. Aku mahu pergi. Ke situ. Ya, di situ.
p/s : Photos and editing by me. Thank you.

You Might Also Like

0 comments