Monday, June 11, 2012

USS SINGAPORE ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Sehari selepas majlis resepsi, keluarga Hj Othman dan Hjh Zalmah berangkat ke Singapore. 

Amboi gaya macam lama. Sehari sahaja. Pergi awal pagi dan pulang pada malamnya. Indah rasa. Percutian sehari bersama keluarga besar ini.

Tempatnya hebat. Rasa macam berada di alam lain. Sakit sikit mata bila terpaksa melalui kelibat ramai yang ada di antaranya telanjang sahaja. Hm.

Konklusi percutian. Berbaloi tapi jika lebih sehari sikit mungkin lagi terasa berbaloinya. Hihi. Terima kasih Tuhan atas nikmat kebahagiaan.

Family besar. Naik bas angkut semua.
Tiba :)
Lihat Numa. Gadis comel paling kanan. Numa, kak alia rinduuuuu !
Handsome ayah and the sempoi Acik & Yechik

Rasa seronok bukan? Kalau boleh aku mahu ke sana lagi. Banyak rides yang aku tak ternaik. Kerana apa? Kerana sifat takut yang melampaui batas. Lain kali mungkin. Ya, mungkin.

InsyaAllah, jumpa lagi !

2 comments:

  1. seronoknyaaaaaaa... nak pergi jugakkkkkk!!!! hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ! Next trip kita. Hihi. G s'pore ni teringat kisah lama su dengan yana yang terlepas ke sana tanpa pasport. Hihi.

      Delete