Sunday, December 21, 2014

#3 - MARWAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
"Lia, jangan pernah fikir tak ada orang sayangkan kau. Semua orang sayang kau. Allah ada kan. Keluarga ada kan. Keluarga kita besar kot. Close lagi. Semua care pasal kau. Aku pun care pasal kau. Aku sayang kau lia. Ingat tu. 


Kawan-kawan apa lah sangat kalau takat buat langsi dengan kau. Kawan datang. Kawan pergi. InshaAllah, ada lah nanti kawan-kawan yang memang kawan dengan kau sebab engkau. Okay? Senyum. Nanti malam aku hantar lagu aku main gitar dekat kau. On YM!".

*conversation around year 2004/2005

There are times where I am facing with my teenage-rebellious-period-where-backstabbing-is-spreading-wildly. School times, teenage age, hmm what else can be related with me finding myself and I am at the stage of knowing people and choosing the right friends to be with.

This man, this young man here never fails to keep me stronger and believe that whatever happens when there is no one who wants to be friends with me, I have my family to turn to besides Allah. I have him; my dearest closest cousin to talk to.

Mat, I dream of you mat. I miss you so much.

Muhammad Marwan bin Mazlan
1990-2014
Al-Fatihah.
Tuesday, December 16, 2014

#2 - MARWAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
"Lia, kau ada duit tak? Kau jangan tipu aku. Kau tu senyap je entah-entah kau berlapar. Meh aku bank-in duit sikit. Kau makan. Tau?"


----------------------------------------------------------------------------------------------

"Tak apa mat. Ayah baru bagi duit ni. Lega sikit rasa. Minggu lepas je berlapar. Hehe. Thanks mat. Simpan duit kau tu. Tau?".

The most caring. The most warm-hearted person who never wants to see his family/friends in trouble or in a situation where he cannot bear to watch. He will do anything and help with his utmost effort to make sure that everyone is in good condition. He always, and always will give his best.

I miss you mat. I miss you so much.

Muhammad Marwan bin Mazlan
1990-2014
Al-Fatihah.

#1 - MARWAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
"Lia, kau okay tak? Jangan sedih-sedih lagi. Kalau kau sedih, susah hati aku. Aku ada. Meh kita borak. Nak?".


Those words that I will never get to hear. Ever again.

It has been 3 days since you're gone meeting your Rabb. 

Muhammad Marwan bin Mazlan
1990-2014
Al-Fatihah.
Monday, September 22, 2014

KEROPOK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Aku mahu berkongsi satu situasi yang berlaku pada hari ini. 


Aku ke A & W setelah selesaikan beberapa urusan. Teringin benar mahu minum Float. Rezeki. Lega betul rasa tekak. Rasa macam nikmat yang tak dapat diungkap. Sebelum masuk ke kedai, ada seorang makcik yang jual keropok, aku hanya senyum dan memberi signal tidak. Sebabnya aku tidak memasak di rumah sewa. 

Semasa di dalam kereta sementara menunggu enjin kereta panas, aku berkalih ke kanan, terkejut ada seorang pakcik yang juga menjual keropok. 

Aku:
Pakcik, saya tak beli keropok, saya tak masak pun di rumah.

Pakcik itu terus setia menghulurkan sepaket keropok untuk aku. Aku tak mampu nak menolak. Matanya terlalu sayu untuk aku tolak.

Aku keluarkan not kertas untuk diserahkan kepada beliau.

Aku: 
Pakcik, saya memang tak akan beli sebab saya memang tak masak. Tapi pakcik ambil lah duit ini ye.

Pakcik:
Ambil lah.

Aku:
Tak apa pakcik. Pakcik doakan saya ye?

Pakcik:
Kamu pelajar ka? (Dari gaya pakcik ni mungkin dari Indonesia)

Aku:
Ye pakcik. Doakan saya ye?

Pakcik itu terus menadah tangan mendoakan. Aku mengaminkan doanya.

Senyuman yang terpancar pada bibirnya terlalu indah untuk aku hurai. Terlalu syahdu dan penuh dengan kesyukuran. Aku tersenyum girang, khas untuk beliau.

Sementara aku undur kereta dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya, aku sempat menjeling ke arah pakcik yang masih berdiri di situ.

Beliau menadah tangan buat kali kedua sambil memandang ke langit dan tersenyum. 

Aku menangis. Ya, menangis. 

Kau rahmatilah pakcik itu Tuhanku.

Aku rasa syahdu kerana aku membayangkan jika pakcik itu adalah aku atau ayah aku, tak ke syahdu dan terlalu indah untuk tidak diendahkan.

Berapa sangat yang kurang dalam dompet tetapi rezeki yang Allah akan beri lebih BANYAK dari itu.

Percayalah kepada rezeki. Percayalah Allah lah pemilik segalanya dan kita adalah asbab kepada rezeki orang lain yakni sebagai perantara atau penyampainya sahaja.

Ringankan tangan kanan untuk memberi sehingga tidak diketahui oleh tangan kiri.

Wallahualam.
Wednesday, June 25, 2014

TUHAN, BERI SAYA PELUANG KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

by AliahMazli
Tangan dan kaki ku diikat. Aku dibawa asing ke bilik yang kosong. Gelap. Tiada siapa di situ melainkan aku dan kegelapan.


Terdengar ketukan yang kuat seolah dihempas. Lebih tepat lagi bunyinya seperti senjata yang selalu dipegang oleh pegawai penjara dan digesel di pintu sel.

Dadaku terasa penuh debar. Peluh memercik. Berombak nafasku menahan gelodak rasa yang tidak dapat untuk dibendung. Aku terasa kalut. Terasa takut. Tidak tenang. Seolah bumi dan seluruh isinya dihimpit ke atasku, di kiri kananku.

"Aliah Athirah!".

Panggilanku namaku tiba. Giliran aku.

Ya, giliran aku untuk dibawa ke mana pun aku tidak pasti.

Gelisah. Itu rasa yang aku rasa tidak tepat melainkan ada kata baru yang benar-benar dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu. Aku diseret keluar. Wajahku berpeluh. Aku panik. Aku meronta untuk dilepaskan namun itu semua harapan. 

Aku kini berada di hadapan tali gantung. Anehnya, bukan manusia yang bersama aku ketika itu. Seolah yang berada ketika itu adalah penjaga kiri kananku serta yang menghukum ku adalah Tuhan aku.

Aku melutut. Aku merayu.

" Allah, aku tidak mahu mati lagi".

"Allah, jangan matikan aku lagi".

"Allah, jangan ambil nyawaku lagi. Aku banyak dosa ya Allah".

"Allah, kasihanilah aku ya Allah".

"Allah, BERI AKU PELUANG KEDUA YA ALLAH".

Aku terjaga. Jam menunjukkan pukul 5 kalau tidak silap aku. Allah kejut. Bangun untuk menghadapNYA. Namun aku gagal.

Setelah diberi peringatan bahawa mati itu bila-bila sahaja. Aku masih lalai. 

Berpeluh badanku. Itu baru mimpi. Andai tiba masa nanti, ingat Allah mahu beri peluang kedua lagi?

Petunjuk Tuhan yang paling terkesan. Aku hambaMU yang lemah Ya Allah.

Ampuni aku.
Ampuni aku.
Ampuni aku.

Redhakan keluargaku,
redhakan aku,
redhakan hidupku.